Peruntukan sama rata ahli Parlimen pendirian saya sejak dulu

(PARLIMEN) Peruntukan sama rata ahli Parlimen pendirian saya sejak dulu – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong pemberian peruntukan yang sama rata kepada semua ahli Parlimen termasuk pembangkang. 

Ahli Parlimen itu bagaimanapun berkata, untuk merealisasikan agihan peruntukan yang sama, proses rundingan dengan pembangkang perlu dilakukan terlebih dahulu. 

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang perbincangan dibuat berkaitannya namun sentiasa konsisten berkaitan perkara itu. 

Justeru, beliau mencadangkan supaya ketua whip kerajaan dan menteri berkaitan bertanggungjawab dalam rundingan dengan pembangkang nanti. 

“Pada prinsipnya Arau, saya tidak menolak prinsip memberi peruntukan kepada pembangkang seperti yang diberikan kepada Ahli-Ahli Parlimen kerajaan. Ini pendirian saya daripada dulu tapi belum ada proses rundingan, yang ada proses permusuhan.

“Jadi saya usulkan mulakan proses rundingan dan saya arahkan Ketua Whip dan menteri yang berkenaan berunding dan kita (akan) putuskan. Kalau cepat selesai (rundingan) cepatlah lulus, kalau esok, lusa kita boleh lulus.

“Tentang peruntukan, saya tidak pernah mengatakan tidak ada. Sepanjang Ahli Parlimen Pagoh (Tan Sri Muhyiddin yassin) jadi Perdana Menteri sebelum ini, kami tidak pernah dapat peruntukan, tidak mengapa. 

“Kerajaan kita hari ini Madani, jadi kalau ikut yang dulu Pagoh tidak adillah, itu maksud Arau? Sebab Arau kata jangan ikut pengalaman lama yang tidak beri peruntukan kepada pembangkang. Saya tidak mahu zalim. Bincang kaedahnya. Jadi, saya cadangkan ada proses rundingan supaya kita cari kaedah yang baik,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan dari Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) ketika waktu pertanyaan-pertanyaan menteri. 

Mengulas lanjut, kata Anwar, beliau akan meminta penjelasan daripada Ahli-Ahli Parlimen bagi negeri Kedah, Perlis dan Terengganu untuk mengetahui keperluan peruntukan semasa.

“Saya akan tanya bagaimana Kedah, Perlis dan Terengganu kalau ada persefahaman boleh jalan (Boleh berikan). Saya tidak ada mahu gaduh apa-apa, yang maki hamun saya di luar mengatakan saya batalkan (peruntukan), saya zalim, ini tidak ambil kira apa yang pernah berlaku,” katanya. 

Semalam, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN mencadang supaya kerajaan memberi peruntukan berjumlah RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang melibatkan kawasan terjejas akibat banjir.

Katanya, peruntukan terbabit bagi membolehkan bantuan disalur segera kepada mangsa banjir di kawasan Parlimen masing-masing.- utusan

 

-HABIS- 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya