KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbang mekanisme terbaik untuk melindungi tanah rizab Melayu yang dilaporkan hanya tinggal tiga peratus di Kuala Lumpur.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tanah rizab Kuala Lumpur menurun antara 2021 dan 2022, daripada 1003.56 hektar kepada 99.48 hektar.
Kataya, antara negeri lain yang turut mencatatkan penurunan adalah Kedah dan Perak.
“Kalau kita lihat di Kuala Lumpur rekod terawal pada 1986 ialah 729 hektar, sekarang 999.48 hektar dalam tahun antara itu ada turun ada naik. Sebagaimana kita maklum Kuala Lumpur datang kemudian, kita akan lihat kalau ada mekanisme yang baik kalau tanah rizab di Kuala Lumpur ini dapat dipertahan sebaik mungkin.
“Ini akan dikaji di peringkat kerajaan,” katanya di Dewan rakyat hari ini.
Terdahulu, Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) dalam soalan tambahan meminta kementerian menjelaskan apakah kerajaan akan memperkasa undang-undang bagi melindungi tanah rizab Melayu yang hanya tinggal tiga peratus di Kuala Lumpur. – UTUSAN