PARLIMEN: Kementerian Kesihatan cari cara tangani isu lesu petugas kesihatan

PARLIMEN: Kementerian Kesihatan cari cara tangani isu lesu petugas kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengenal pasti langkah terbaik untuk menangani isu lesu upaya dalam kalangan petugas kesihatan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, perkara itu memerlukan perbincangan membabitkan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi meluluskan perjawatan bersesuaian.

“Kita akan kenal pasti bagaimana langkah ke hadapan untuk hospital yang berdepan dengan masalah kesesakan, untuk kita memikirkan klinik bersesuaian dan jumlah kakitangan serta dana yang mencukupi daripada kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) meminta kementerian menjelaskan perancangan KKM untuk membawa masuk lebih ramai petugas bagi mengelakkan masalah lesu upaya dalam kalangan petugas kesihatan.

Lukanisman berkata, buat masa ini, projek khusus di bawah Ketua Setiausaha Negara, iaitu Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) sedang meneliti masalah tersebut. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya