Anwar perlu jawab kegagalan bertemu Raja Arab Saudi

(PARLIMEN) Anwar perlu jawab kegagalan bertemu Raja Arab Saudi di Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 KUALA LUMPUR: Pembangkang menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab persoalan berhubung lawatan rasminya ke Arab Saudi ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) esok. 

Ahli Parlimen Machang, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata lawatan rasmi perdana menteri dianggap gagal dan memalukan negara kerana tidak berjumpa dengan pemimpin negara itu. 

“Seperti yang kita tahu banyak persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat dan kami sendiri, pembangkang. Pada hemat kami, lawatan ini gagal kerana seperti yang dimaklumkan Wisma Putra dalam kenyataan media sebelum perdana menteri ke Arab Saudi konon beliau dijemput oleh Raja Salman sendiri dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohd Salman. 

“Ini perlu dirungkaikan oleh perdana menteri pada PMQT, kami harap soalan yang kami bawa oleh pembangkang dijawab beliau sendiri. Kami ada, kami tidak lari atau pergi lapor polis, kita mahu dengar jawapan dalam Dewan Rakyat yang mulia. 

“Ini adalah satu kebimbangan yang jelas malah memalukan negara. Kami tidak mahu salahkan Wisma Putra malah tidak mahu juga salahkan kerajaan Arab Saudi. Kami nak tanya kenapa Jabatan Perdana Menteri, tergesa-gesa mengatakan seolah-olah memang ada jemputan rasmi sedangkan tidak ada?,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen. 

Wan Fayhsal juga sempat mengimbau semula saat Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijemput ke Arab Saudi dan dapat bertemu dengan Raja Salman. 

“Tapi kalaulah jemputan itu dibuat secara rasmi, kenapa tidak ada langsung pertemuan rasmi tersebut seperti mana yang diterima oleh Ahli Parlimen Pagoh sekitar Mac 2021 pada lawatan rasmi beliau ke Arab Saudi. 

“Pada masa itu, Muhyiddin disambut sendiri oleh Putera Mahkota, Mohd Salman dan dibawa sendiri ke istana, untuk pertemuan empat mata. Dihujung pertemuan itu, Malaysia berjaya mendapat pertambahan kuota jemaah haji,” katanya. 

Terdahulu, Anwar menjelaskan beliau terpaksa menolak permintaan kerajaan Arab Saudi untuk melanjutkan tempoh lawatannya untuk sesi perjumpaan dengan Raja Salman. 

Beliau menolak kerana mempunyai jadual padat untuk berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong serta perlu berangkat ke Kemboja dan seterusnya akan ke China untuk bertemu dengan presiden negara itu. –utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya