Papan iklan pemimpin negara perlu disertakan gambar pemimpin Kedah

Papan iklan pemimpin negara perlu disertakan gambar pemimpin Kedah

PAPAN iklan memaparkan wajah Perdana Menteri dan ADUN Suka Menanti yang dipasang di salah satu lokasi di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Setiap papan iklan termasuk bersaiz gergasi yang memaparkan slogan serta gambar pemimpin negara dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, dimestikan untuk turut sama meletakkan gambar pemimpin dan slogan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, hasil Mesyuarat Exco yang dipengerusikannya semalam juga mensyaratkan mana-mana pihak yang mahu berbuat demikian perlu memohon lesen iklan daripada PBT terlibat.

“Contohnya, papan iklan gergasi memaparkan gambar Perdana Menteri dengan slogan ‘Malaysia Madani’ mestilah disertakan dengan gambar Menteri Besar bersama slogan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua dengan saiz dan tata letak sewajarnya,” katanya.

Bersama kenyataan di Facebook miliknya, Muhammad Sanusi turut memuat naik gambar sebuah papan iklan gergasi memaparkan wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf di salah satu lokasi di Alor Setar.

Tambah beliau, papan iklan gergasi memaparkan gambar menteri dan timbalan menteri juga harus disertakan dengan gambar exco negeri yang memegang portfolio berkaitan.

“Syarat-syarat lain yang dikuatkuasakan oleh PBT juga mestilah sentiasa dipatuhi,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya