Pantomim peristiwa Lahad Datu menyentuh jiwa - Utusan Malaysia

Pantomim peristiwa Lahad Datu menyentuh jiwa

ANWAR Ibrahim sebak ketika hadir Hari Peringatan Polis Ke-216 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL). - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persembahan pantomim tragedi berdarah Kampung Tanduo, Lahad Datu yang berlaku hampir sedekad lalu, ternyata menyentuh jiwa tetamu pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216.

Lebih mengharukan, apabila tiga anak kepada Allahyarham Asisten Superintenden Zulkifli Mamat iaitu Mohd Akmal Amuruddin, 15; Noor Muhammad Aqil, 11, dan Noor Aqib Syahid, 10, yang turut membuat kemunculan dalam persembahan itu.

Turut bersama adalah anak kepada Sarjan Sabarudin Daud, Haziq Wahiduzzaman, 28, dan Hareq Zafri, 21.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut kelihatan sebak manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat menitiskan air mata menyaksikan pantomim itu.

Pantomim yang menceritakan tragedi sebenar pengusiran kumpulan yang mendakwa pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari selatan Filipina itu turut dipersembahkan oleh lebih 80 anggota polis, yang kebanyakannya terbabit dalam tragedi pada 2013 itu.

Pada 1 Mac 2013, dua anggota polis, Zulkifli dan Sabarudin terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

Keesokan harinya, enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Selain Zulkifli dan Sabarudin, turut terkorban dalam tragedi berdarah itu adalah Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, Asisten Superintenden Michael Padel, Sarjan Abdul Azis Sarikon, Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, Sarjan Detektif Baharin Hamit, Koperal Salam Tugiran dan Prebet Ahmad Hurairah Ismail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya