Pakatan Putra-PN tidak berbangkit pada masa ini

Pakatan Putra-PN tidak berbangkit pada masa ini

ROSDI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penyertaan atau pakatan di antara Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dengan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha membentuk gabungan kekuatan parti Melayu terbesar di negara ini adalah tidak berbangkit pada masa ini.

Setiausaha Agung Putra, Rosdi Idris berkata, dakwaan berhubung langkah pakatan itu tidak mencerminkan keputusan Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Putra yang dibuat selepas mesyuarat pada 7 Mac lalu.

“Kedua-dua isu termasuk isu penukaran nama Putra kepada GTA tidak pernah disentuh dalam mesyuarat ADT Putra setakat ini.

“Ini juga selaras dengan kenyataan Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali pada 3 Mac lalu yang menyatakan segala keputusan akan diketahui selepas Persidangan Agung Tahunan Putra kali Ke-4 yang dijangka berlangsung pada 7 Mei nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, Gerakan Tanah Air (GTA) bakal mengambil pendirian membentuk pakatan bersama PN sebagai satu usaha membentuk gabungan kekuatan parti Melayu terbesar di negara ini.

Menurut sumber parti itu kepada akhbar ini, hala tuju GTA akan diperincikan selepas mesyuarat agung tahunan Putra dengan memutuskan untuk merombak Putra dan ditukarkan nama kepada GTA.

Kata beliau, GTA akan mengangkat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Presiden dengan membentuk gabungan bersama parti-parti di bawah gerakan itu sebelum ini seperti Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya