Pafa dapat talian hayat - Utusan Malaysia

Pafa dapat talian hayat

KEMELUT dalaman Pafa masih belum berkesudahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) diberi peluang kedua oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) bagi meneruskan kesinambungannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, PJS mahu Pafa mengadakan semula mesyuarat agungnya (AGM).

“PJS arahkan semua ahli gabungan Pafa sepakat mengadakan AGM itu, tiada lagi perpecahan seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, persatuan itu terbahagi dua iaitu kumpulan 14 ahli gabungan dan kumpulan tiga naib presiden .

Berikutan itu, masing-masing mengadakan AGM atau Kongres menyebabkan PJS menolak mesyuarat itu yang mengakibatkan Pafa tergantung.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaharu, PJS memanggil perjumpaan dengan semua yang terlibat .

Berikutan itu, semua ahli gabungan hadir kecuali Tanjong Malim, menghadiri perjumpaan yang diadakan pada 11 Februari lalu.

Dalam perjumpaan itu, PJS mengarahkan semua ahli gabungan dan sekurang-kurangnya seorang daripada tiga Naib Presiden hadir pada Kongres itu nanti.

Khairudin berkata, mereka sedang berbincang mengenai tarikh Kongres itu.

“Demi bola sepak Perak, saya yakin mereka akan capai persetujuan mengenai penganjuran Kongres itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya