Orang Islam lihat umrah lebih afdal daripada keluar mengundi - Hadi Awang

Orang Islam lihat umrah lebih afdal daripada keluar mengundi – Hadi Awang

abdul hadi
ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sikap umat Islam Islam negara ini yang mengutamakan ibadah umrah berbanding melaksanakan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya umum (PRU) baru-baru ini, menyebabkan peratusan mengundi dalam kalangan mereka rendah berbanding bukan Islam.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kalau perkara itu dibiarkan, negara ini akan dikuasai orang lain sekiranya umat Islam masih tidak sedar terhadap kepentingan pilihan raya dan politik untuk memerintah.

Beliau melahirkan kebimbangan itu apabila peratusan keluar mengundi bukan Islam merekodkan sebanyak 98 peratus manakala orang Islam pula sekitar 68 peratus ketika PRU lalu.

“Saya diberitahu oleh rakan selepas PRU, dia pergi lapangan terbang tengok ramai kaum lain dengan ada kesan dakwat di tangan balik mengundi. Mereka dari Ameriksa Syarikat, Australia dan United Kingdom balik semata-mata mengundi, sebab itu keluar mengundi 98 peratus.

“Tetapi orang kita masih pandang buat umrah sunat lebih afdal (utama) daripada mengundi. Sebelum pilihan raya pergi buat umrah sunat biar negeri ditakluk orang. Kalau macam ini, negeri kita akan dikuasai oleh orang, ini bahaya kalau kita tidak sedar bahawa perlu pilihan raya, perlunya politik.

“Nabi Muhammad SAW pernah menangguhkah haji ketika pembukaan Kota Mekah dengan Baginda menunaikannya selepas peristiwa itu. Malah Rasulullah juga menangguhkan umrah ketika Perjanjian Hudaibiyyah,” katanya dalam Dialog Ulama’ Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini di Kuala Lumpur semalam.

Malah kata Ahli Parlimen Marang itu lagi, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah melahirkan kebimbangan terhadap situasi politik tanah air meskipun Perikatan Nasional (PN) mencapai kemenangan pengundi Melayu Islam paling besar namun Pakatan Harapan (PH) pula mendapat jumlah terbesar melibatkan pengundi bukan Islam.

“Dia sangat rungsing kerana peratusan bukan Islam keluar mengundi 98 peratus, orang Melayu keluar 68 peratus.

“Ya saya jumpa Dr. Mahathir, walaupun di luar nampak berbalah tetapi di belakang nampak baik, bincang-bincang, dijemput saya datang ke rumah,” katanya ketika mengulas pertemuan bersama negarawan itu.

Justeru, Abdul Hadi mengingatkan bahawa kesedaran berpolitik amat penting khususnya kepada kaum Melayu Islam.

“Bahaya kalau orang kita 68 peratus keluar mengundi, bukan Islam 98 peratus. Ingat walaupun jumlah sedikit walaupun tak keluar, boleh menguasai.

“Alhamdulilah dalam Parlimen mempunyai 170 ahli Parlimen Islam dan bumiputera, lebih majoriti dua pertiga. Tetapi kerana kita berpecah, patutnya boleh menguasai sebab ini hal orang politik pula, tidak mahu bersatu pula.

“Contohnya di Perak dan Pahang kita dapat kerusi besar boleh bergabung dengan UMNO boleh bentuk kerajaan. Tetapi orang UMNO cakap kalau kita bekerjasama dengan Pas, mereka akan bunuh UMNO. Bila masa kita nak bunuh UMNO?,” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya