Operasi mencari nelayan dikhuatiri lemas diperluas - Utusan Malaysia

Operasi mencari nelayan dikhuatiri lemas diperluas

ISMAIL AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Operasi mencari dan menyelamat nelayan warga emas, Ismail Awang, 71, yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot, diperluaskan sehingga 60 batu nautika persegi di sekitar perairan Pulau Tenggol dan Kuala Dungun, di sini. 

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, operasi yang melibatkan lebih 80 pegawai dan anggota penyelamat daripada pelbagai agensi termasuk Maritim, Polis Marin dan Jabatan Perikanan turut dibantu komuniti nelayan. 

“Keadaan laut dan cuaca yang baik hari ini, diharapkan dapat membantu operasi mencari mangsa,” katanya ketika ditemui di sini,hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10.50 malam pada Selasa lalu, mangsa yang tinggal di Kampung Sura Hujung, di sini, yang mahu membersihkan diri, dieprcayai terjatuh ketika mahu membersihkan diri pada jarak sekitar 10 batu nautika dari Pulau Tenggol. 

Ketika kejadian, Ismail yang merupakan pesara kerani Pos Malaysia sedang dalam perjalanan pulang ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Dungun selepas keluar menangkap ikan sejak Jumaat lalu, bersama tujuh orang awak-awak termasuk dua anaknya. 

Mangsa disedari hilang oleh anaknya, Mohammad Arsyad, 35, selepas mendapati bapanya tiada di atas bot selepas 10 minit berada di bahagian belakang bot untuk mandi. 

Mohammad Arsyad yang juga merupakan tekong bot, berpatah balik untuk mencari bapanya, namun gagal berikutan cuaca gelap. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya