Nurul Zahid rayu Askar Wataniah diberi Bantuan Khas Aidilfitri

Nurul Zahid rayu Askar Wataniah diberi Bantuan Khas Aidilfitri

NURULHIDAYAH AHMAD ZAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Askar wataniah juga perlu diberikan peluang merasai Bantuan Khas Aidilfitri bernilai RM300 sepertimana yang diumumkan kepada beberapa sukarelawan penguat kuasa sebelum ini. 

Pegawai Sukarelawan Askar Wataniah Rejimen 51, Lt. Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, beliau terpanggil untuk merayu bagi pihak Askar Wataniah kerana mereka bukanlah sebuah pasukan mewah dengan kebanyakan anggota dan pegawai terdiri dalam kalangan B40. 

Bagaimanapun, beliau yang juga Exco Wanita UMNO tegas menolak bantuan khas itu diberikan sama untuk dirinya. 

“Saya bersama-sama pasukan askar wataniah ini, (jadi) ini juga adalah salah satu cara untuk saya membantu pasukan kami bergerak dengan menjadi pemudahcara pasukan saya yang amat saya cintai ini. 

“Saya telah bersama-sama dengan pasukan Askar Wataniah selama hampir 12 tahun sejak 2010 dan saya secara rasmi ditauliahkan sebagai pegawai pada tahun 2013. 

“Dengan tidak mencampuri urusan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan Kabinet, saya merayu agar meneliti semula bantuan khas RM300 ini untuk pasukan askar wataniah kerana kami juga adalah barisan anggota dan pegawai sukarelawan yang berkhidmat untuk negara secara rasmi dan berdaftar,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Menurut Nurulhidayah, dengan bantuan khas itu, ia diharap sedikit sebanyak dapat membantu anggota dan pegawai pasukan askar wataniah yang tergolong dalam B40. 

“(Mereka) tidak pernah mengenal erti penat dan jemu dalam menjalani latihan dan khidmat bakti dalam pasukan Siri 500 Askar Wataniah,” katanya. 

Media sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri mengumumkan, lebih 200,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba akan menerima Bantuan Kewangan Aidilfitri bernilai RM300. 

Menurut Anwar, ia merupakan bantuan kali pertama yang diberikan selepas diteliti pentadbirannya kerana memahami mereka juga menghadapi masalah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya