Noraini, Dr. Akmal ketuai sayap Wanita danPemuda UMNO

Noraini, Dr. Akmal ketuai sayap Wanita dan Pemuda UMNO

NORAINI AHMAD dan DR. MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad bergandingan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh mengetuai Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO selepas memenangi pemilihan sayap parti itu, semalam. 

Dr. Muhamad Akmal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka menang selesa dengan melepasi had yang ditetapkan selepas memperoleh 105 undian, setakat pukul 12 tengah malam tadi. 

Sementara itu, keputusan Ketua Wanita UMNO disahkan Noraini sendiri menerusi hantaran di Facebook, pagi ini sekali gus menewaskan pencabarnya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Bekas Menteri Pengajian Tinggi itu menzahirkan penghargaan kepada semua sayap parti itu di seluruh negara selepas memberi sokongan dan kepercayaan kepadanya untuk terus menyandang jawatan berkenaan. 

Biarpun tiada undian rasmi dimaklumkan setakat ini, keputusan tidak rasmi tengah malam tadi menyaksikan Noraini memperoleh 106 undi daripada 189 bahagian yang terbabit dalam pemilihan di seluruh negara. 

NURUL AMAL MOHD FAUZI

Dalam masa sama, keputusan tidak rasmi setakat pukul 12.18 malam tadi menyaksikan Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mendahului jawatan Ketua Puteri dalam pemilihan sayap parti itu. 

Naib Ketua Puteri UMNO itu memperoleh 62 undi, jauh meninggalkan lima lagi pencabarnya pada pemilihan sayap itu semalam.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya