Nelayan warga emas dikhuatiri lemas terjatuh dari bot - Utusan Malaysia

Nelayan warga emas dikhuatiri lemas terjatuh dari bot

ISMAIL Awang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika dalam perjalanan pulang menangkap ikan ke Jeti Kuala Dungun, Dungun, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang nelayan warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika dalam perjalanan pulang menangkap ikan ke Jeti Kuala Dungun, di sini, malam tadi.

Mangsa, Ismail Awang, 71, yang tinggal di Kampung Sura Hujung, dekat sini, disedari terjatuh oleh krew bot pada jarak sekitar 10 batu nautika dari Pulau Tenggol kira-kira pukul 10.50 malam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, difahamkan, mangsa bersama tujuh orang awak-awak termasuk dua anaknya, keluar menangkap ikan pada Jumaat lalu dan dijangka pulang awal pagi ini.

“Bagaimanapun, mangsa dikatakan terjatuh dari bot. Rakan-rakan serta anaknya cuba mencari mangsa, namun berikutan cuaca yang gelap, mangsa gagal ditemukan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Baharudin berkata, isteri mangsa, yang menerima maklumat daripada warisnya telah membuat laporan polis kira-kira pukul 3 pagi.

“Kita juga telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Maritim Malaysia sebelum operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, bot Perkasa 49 telah diatur gerak untuk operasi mencari dan menyelamat kira-kira pukul 3.30 pagi.

“Operasi pencarian dilakukan sekitar jarak lima batu nautika persegi dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya