Muhyiddin tiba di SPRM, laungan 'Hidup Abah' bergema

Muhyiddin tiba di SPRM, laungan ‘Hidup Abah’ bergema

MUHYIDDIN Yassin tiba di ibu pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Laungan ‘Hidup Abah’ dan ‘Hidup Muhyiddin’ serta ‘Allahuakbar’ menyambut ketibaan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) di luar bangunan Ibu Pejabat SPRM di sini, tadi.

Muhyiddin tiba pukul 11.15 pagi dengan sebuah kenderaan sebelum disambut pimpinan dan ahli parlimen Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN itu kemudian turun dari kenderaan dan berjalan bersama pimpinan PN dan Bersatu sejauh 20 meter menuju ke pintu masuk utama bangunan SPRM.

Bagaimanapun, sedikit kekecohan tercetus apabila berlaku tolak-menolak antara penyokong dan jurugambar media apabila masing-masing berebut merakam detik ketibaan Muhyiddin.

Keadaan itu berjaya dikawal dengan bantuan anggota polis dan Rela yang berada di lokasi.

Difahamkan, turut kelihatan menemani Muhyiddin masuk ke dalam bangunan SPRM adalah Datuk Dr. Marzuki Mohamad iaitu Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri itu.

Ketika ini, penyokong PN masih berkumpul di luar bangunan SPRM bagi menantikan perkembangan seterusnya.

Muhyiddin hadir memberi keterangan kepada SPRM pagi ini dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya