Muhyiddin tiba di mahkamah Shah Alam - Utusan Malaysia

Muhyiddin tiba di mahkamah Shah Alam

Muhyiddin
KENDERAAN membawa Muhyiddin Yassin memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah SSAAS di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini kira-kira pukul 8.19 pagi tadi bagi menghadapi pertuduhan ketujuhnya, hari ini.

Kenderaan membawanya tiba di pekarangan diiringi sebuah kereta polis dan empat kereta lain.

Terdahulu, petugas media, pemberita dan jurugambar tiba di pintu masuk kompleks mahkamah seawal pukul 7 pagi, namun hanya dibenarkan masuk pada pukul 8 pagi.

Kehadiran petugas media turut menyaksikan anggota polis membuat kawalan keselamatan sejak pukul 6 pagi bagi memastikan kelancaran aliran trafik di Persiaran Pegawai dan perjalanan operasi mahkamah.

Ketika ini, kelihatan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Naib Presiden, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin dan Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hadir bagi menyaksikan pertuduhan terhadap Muhyiddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya