KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini berdepan kes rasuah di mahkamah disambut dengan laungan kata-kata semangat ketika tiba di Menara PGRM di sini hari ini bagi menghadiri Perhimpunan Agung Armada Bersatu sebagai pemerhati.
Beliau tiba pada pukul 2.30 petang dengan memakai baju Melayu putih lengkap bersampin dan bersongkok.
Mengiringi Ahli Parlimen Pagoh itu adalah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. – UTUSAN