Muhyiddin ditahan SPRM, dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur esok

Muhyiddin ditahan SPRM, dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur esok

MUHYIDDIN Yassin ditahan SPRM selepas hadir memberi keterangan di ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pukul 1 petang tadi.

Perkara itu disahkan SPRM menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan sebentar tadi.

Ini bermakna, Muhyiddin akan bermalam di lokap Ibu Pejabat SPRM di sini malam ini sebelum dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk didakwa esok pagi.

Menurut SPRM, bekas Perdana Menteri itu ditahan selepas hadir memberi keterangan dan dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan.

“Sehubungan itu, SPRM juga mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin di Mahkamah Kuala Lumpur esok pagi.

“Muhyiddin bakal menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” katanya.

Muhyiddin hadir di Ibu Pejabat SPRM, di sini, pukul 11.15 pagi tadi bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya