Muhyiddin dilepas dengan jaminan SPRM - Azam Baki

Muhyiddin dilepas dengan jaminan SPRM – Azam Baki

MUHYIDDIN Yassin ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka dibebaskan hari ini dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi sebentar tadi.

Bagaimanapun, Azam tidak dapat mengesahkan bilakah Presiden Bersatu itu akan dibebaskan dengan jaminan sama ada petang ini atau malam ini.

“Bagaimanapun, beliau (Muhyiddin) akan hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur esok untuk didakwa,” katanya.

Setakat pukul 6.40 petang ini, tiada tanda-tanda Muhyiddin akan keluar daripada bangunan SPRM.

Tinjauan di luar bangunan SPRM mendapati, lebih 40 pengamal media pelbagai agensi masih menanti ketibaan Muhyiddin.

Difahamkan, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dijangka mengadakan sidang akhbar sejurus keluar daripada bangunan SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya