Muhyiddin dijangka ditahan SPRM - Pemimpin Bersatu

Muhyiddin dijangka ditahan SPRM – Pemimpin Bersatu

RAZALI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden Parti pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Bersatu Nasional, Datuk Razali Idris ketika ditemui di hadapan ibu pejabat SPRM, tadi.

“Muhyiddin diminta hadir ke SPRM hari ini dan kita jangka beliau ditahan hari ini dan didakwa di mahkamah esok.

“Kami menganggap ia satu tindakan tidak berperikemanusiaan kerana ia dilakukan sehari sebelum Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu,” katanya.

ANGGOTA polis mengawal di hadapan ibu pejabat SPRM, Putrajaya. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Ditanya adakah ramai lagi pemimpin Bersatu akan ditahan SPRM, beliau enggan mengulas lanjut, namun mengesahkan perkara itu tidak mustahil.

Muhyiddin dijangka hadir memberi keterangan kepada SPRM pukul 11 pagi ini dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sementara itu, ketika ditanya mengenai Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) yang akan diadakan esok hingga Ahad, Razali berkata, ia akan tetap diteruskan.

“Kita akan teruskan PAT seperti biasa tapi agenda akan berubah mengikut keadaan semasa.

“Kalau dikatakan Muhyiddin tidak dapat hadir kerana ditangkap dan direman, kita akan ubah agenda mesyuarat kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya