Muhyiddin diambil keterangan lebih lima jam

Muhyiddin diambil keterangan lebih lima jam

PENYOKONG membawa sepanduk bagi menunjukkan sokongan kepada Muhyiddin Yassin di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hampir lima jam berlalu, namun tiada tanda-tanda proses siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berakhir.

Bagaimanapun, ada spekulasi tersebar kononnya Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu akan ‘dilepaskan’ oleh SPRM petang ini.

Namun, tiada pengesahan berkaitan perkara itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris ketika dihubungi berkata, Muhyiddin akan diambil keterangan oleh SPRM sehingga lewat petang ini.

“Jika beliau (Muhyiddin) tidak ditahan, beliau mungkin akan ke Markas Pas Taman Melewar, Gombak, Selangor untuk solat maghrib dan solat hajat,” katanya.

Muhyiddin hadir di Ibu Pejabat SPRM, di sini, pukul 11.15 pagi tadi bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya