Muhyiddin akan didakwa esok - Azam Baki

Muhyiddin akan didakwa esok – Azam Baki

MUHYIDDIN Yassin disahkan akan didakwa esok. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini.

“Beliau akan didakwa esok bukan hari ini,” katanya.

Kenyataan Azam itu sekali gus mengesahkan spekulasi bahawa Muhyiddin akan didakwa berhubung kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Muhyiddin dilihat tiba di Ibu Pejabat SPRM, di sini, pada jam 11.15 pagi, bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sementara itu, selepas hampir dua jam, Muhyiddin didapati belum lagi selesai diambil keterangan oleh SPRM.

Ketika ini, keadaan di luar bangunan SPRM agak lengang berbanding pagi tadi apabila sebahagian penyokong Bersatu dan Muhyiddin dilihat sudah pulang.

Malah, ada sebahagiannya berehat di dalam kenderaan, keluar makan tengah hari dan berlindung di bawah pokok.

Lebih 100 penyokong dilihat berkumpul di luar bangunan SPRM sejak pukul 9 pagi tadi bagi menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.

Turut hadir beberapa pimpinan tertinggi Bersatu dan PN termasuk Ahli Parlimen Bersatu dan PAS termasuk Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin.

Hadir sama Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya