MRT Putrajaya kemudahan baharu pengangkutan awam ibu kota

MRT Putrajaya kemudahan baharu pengangkutan awam ibu kota

LALUAN MRT Kwasa Damansara - Putrajaya Sentral.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka kepada orang ramai pada pukul 3 petang hari ini.

Kemudahan terbaharu itu melengkapkan MRT Putrajaya yang menghubungkan Pusat Pentadbiran Persekutuan ke ibu kota Kuala Lumpur.

Perkhidmatan itu mampu membawa 1,200 penumpang pada satu-satu masa, sekali gus dapat menarik lebih ramai pengguna pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan trafik sejak kebelakangan ini.

MRT laluan Putrajaya fasa 2 bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, jumlah penumpang harian bagi perkhidmatan MRT laluan Putrajaya dijangka mampu mencecah kira-kira 200,000 dalam tempoh dua tahun.

Keseluruhan laluan Putrajaya merangkumi 57.7 kilometer terdiri daripada 36 stesen bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya dan Putrajaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya