PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti itu. Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini kerana pertuduhan kes rasuah ke atas Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden Bersatu dan bukannya pertuduhan atas kapasiti peribadi. “MPT memohon semua ahli dan penyokong bersabar dan bertenang dalam menghadapi ujian yang besar terhadap Presiden dan parti Bersatu dengan fitnah dan kezaliman,” katanya dalam kenyataan. Mesyuarat Khas MPT Bersatu yang berlangsung sebentar tadi dipengerusikan Muhyiddin. Semalam, Ahli Parlimen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya