Pelancongan Malaysia kembali rancak tempahan Airbnd meningkat

Momentum pelancongan Malaysia kembali rancak, tempahan Airbnb meningkat dua kali ganda

airbnb
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Industri pelancongan Malaysia terus meningkat pada tahun lalu dengan tempahan penginapan melalui Airbnb meningkat dua kali ganda berbading tahun 2020.

Berdasarkan data dalaman Airbnb untuk tahun 2022, momentum peningkatan itu disemarakkan oleh pelancongan domestik yang menempatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan nombor satu bagi penduduk tempatan pada 2022,

 Rakyat Malaysia lebih mengutamakan pelancongan domestik, dengan Kuala Lumpur menduduki tempat teratas, diikuti oleh Pulau Pinang, Kota Bharu, Petaling dan Langkawi sebagai destinasi domestik paling banyak ditempah oleh rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia turut mengembangkan destinasi pelancongan mereka dan sangat teruja untuk menerokai pelbagai destinasi tidak kira dekat mahupun jauh.

Asia Pasifik menonjol sebagai destinasi luar negara yang paling banyak ditempah oleh rakyat Malaysia – manakala United Kingdom menduduki tempat pertama, diikuti Australia, Thailand, Korea Selatan, dan Indonesia yang kesemuanya menyumbang kepada kedudukan lima teratas.

Di samping itu, bandar luar negara yang paling banyak ditempah oleh rakyat Malaysia pada tahun lepas ialah London, Bangkok, Melbourne, Paris dan Jakarta.

Tatkala pelancongan global kembali rancak, Airbnb telah menyaksikan peningkatan 20 peratus tahun ke tahun dalam malam dan Pengalaman yang ditempah di seluruh global pada suku keempat tahun 2022,.

Sementara  pelancong  merancang percutian ke luar negara dengan semangat yang diperbaharui, data Airbnb yang baharu juga mendapati negara-negara asal pelancong antarabangsa yang merancang percutian mereka melalui  Airbnb ke Malaysia pada tahun 2022 ialah Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Indonesia.

Seiring peningkatan minat dalam pelancongan domestik, pelancongan secara berkumpulan bersama orang tersayang turut meningkat di Malaysia.

Pada tahun 2022, pelancongan secara berkumpulan adalah jenis tempahan yang paling biasa di Malaysia, dengan purata saiz kumpulan seramai empat tetamu

Pelancongan secara berkumpulan di Airbnb melonjak sebanyak 180 peratus tahun ke tahun pada tahun 2022.

Melancong terus menjadi satu cara untuk orang ramai mengeratkan hubungan dengan orang tersayang, khususnya sewaku cuti panjang.

Aktiviti melancong sempena sambutan Aidilfitri yang akan datang turut mencerminkan corak sama apabila ramai keluarga mula merancang perjalanan mereka.

Berdasarkan carian untuk daftar masuk antara 23 Mac – 21 April 2023 berbanding 3 April – 2 Mei 2022, setakat suku keempat tahun 2022 Airbnb telah mencatatkan pertumbuhan hampir 600 peratus dalam carian untuk daftar masuk di Malaysia bagi tempoh bulan Ramadan.

Data Airbnb terkini turut mendedahkan lima bandar teratas yang paling dicari bagi Aidilfitri ini termasuk

  1. Kota Kinabalu, Sabah
  2. Johor Bahru, Johor
  3. Georgetown, Pulau Pinang
  4. Kuching, Sarawak
  5. Alor Setar, Kedah

Data Airbnb turut mendedahkan peningkatan momentum dalam pelancongan secara solo di Malaysia, apabila tempahan pelancongan secara solo meningkat dua kali ganda tahun ke tahun pada 2022.

Pada skala makro, pengembara solo menyumbang kepada hampir satu per empat daripada keseluruhan malam yang ditempah di seluruh global pada tahun lepas. Menyedari trend ini, Airbnb baru-baru ini telah melancarkan ciri Keselamatan Pengembara Solo. Ciri perkhidmatan ini yang tersedia dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina, disediakan untuk membantu dan memudahkan pelancong solo untuk melancong secara  selamat di Malaysia.

Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj berkata, dengan 2025 ditetapkan sebagai Tahun Melawat Malaysia, mereka teruja melihat pemulihan sektor pelancongan di seluruh negara serta manfaat yang dibawanya kepada komuniti tempatan.

“Pelancongan domestik bersama orang tersayang akan menjadi keutamaan bagi rakyat Malaysia tahun ini, dan Airbnb berada di kedudukan kukuh untuk mengalu-alukan pelancong dengan pelbagai penginapan unik pada semua lingkungan harga.

“Keghairahan rakyat Malaysia untuk menerokai kampung halaman sendiri, serta peningkatan minat pengunjung antarabangsa untuk mengalami keindahan landskap Malaysia dan kekayaan warisan budayanya adalah satu fenomena yang amat menggalakkan.

“Ini juga bermakna, lebih banyak pendapatan dari pelancongan akan mengalir ke dalam komuniti Malaysia, sekali gus menyokong perniagaan dan pekerjaan tempatan.

“Kami komited untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan dalam industri untuk menyokong dan merancakkan pemulihan pelancongan yang sedang berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya