Mohd. Tahir berdedikasi dalam pentadbiran Selangor - Sultan Selangor - Utusan Malaysia

Mohd. Tahir berdedikasi dalam pentadbiran Selangor – Sultan Selangor

MOHD. TAHIR
ISTANA Selangor kongsikan gambar Allahyarham Mohd. Tahir Abdul Rahim (tengah) bersama Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (kiri) dan bekas Menteri Besar Selangor ketika meninjau pembangunan di negeri itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pertama, Allahyarham Datuk Mohd. Tahir Abdul Rahim disifatkan seorang yang amat berdedikasi dalam bidang pentadbiran di negeri ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan perutusan takziah kepada waris dan keluarga Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 91 tahun kelmarin.

Baginda dalam satu kenyataan dilaporkan bertitah, Mohd.Tahir antara individu penting dalam merealisasikan perancangan awal pembangunan bandar raya Shah Alam sebagai ibu negeri pada hujung 60-an.

“Sultan Sharafuddin mengenali Allahyarham sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam bidang pentadbiran dan juga aktif dalam sukan.

“Atas jasa bakti dan sumbangannya, Allahyarham dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) pada 1975 oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,” katanya.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin mendoakan roh Allahyarham Mohd. Tahir dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya