Michelle Yeoh rakyat Malaysia bukan Hong Kong - Chapman To

Michelle Yeoh rakyat Malaysia bukan Hong Kong – Chapman To

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Michelle Yeoh adalah rakyat Malaysia”

Itu penegasan pelakon Hong Kong, Chapman To terhadap status warganegara Tan Sri Michelle Yeoh yang dinobatkan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscar, baru-baru ini.

Chapman atau nama sebenar, Edward Ng Cheuk- cheung membuat kenyataan tersebut di Facebook, sebagai peringatan kepada kerajaan Hong Kong agar tidak mengambil kesempatan dan mendakwa Michelle sebagai rakyat negara itu.

“Jangan ambil kesempatan, mendakwa Michelle Yeoh sebagai rakyat Hong Kong,” ujarnya.

Maklum balas tersebut dibuat Chapman susulan kenyataan Setiausaha Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Hong Kong, Kevin Yeung yang mendakwa Michelle sebagai pelakon Hong Kong.

Michelle pada semalam melakar sejarah selepas menjadi orang Asia pertama yang menggenggam trofi Oscar.

Kemenangan tersebut diraih menerusi lakonan mantap selaku Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All at Once. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya