MH370: Usaha mencari segera jika ada bukti boleh dipercayai

MH370: Usaha mencari segera jika ada bukti boleh dipercayai

ANTHONY Loke ketika hadir pada Majlis Pengumuman Tambang Tetap AirAsia ke Sabah dan Sarawak di Airasia RedQ, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 akan segera diteliti sekiranya terdapat bukti yang boleh dipercayai dikemukakan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sebagaimana dimaklumkan sebelum ini, jika ada bukti yang boleh dipercayai untuk carian baharu, kerajaan akan segera menelitinya dan menyokong pencarian baharu.

“(Jika ada) sebarang bukti yang boleh dipercayai ditemui, sudah tentu kami akan teruskan pencarian serta-merta berdasarkan susunan kerajaan terdahulu.

“Saya beritahu ahli keluarga (mangsa), jika syarikat pencarian, Ocean Infitnity akan datang ke Malaysia, saya bersedia untuk bertemu mereka,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai usaha mencari MH370 di sini hari ini.

Esok, tanggal 8 Mac 2023 menandakan genap sembilan tahun tragedi pesawat MH370 hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di kawasan berkeluasan berjuta-juta kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, namun pesawat MH370 atau bangkainya gagal ditemukan.

Anthony Loke berkata, beliau juga ada berhubung dengan waris mangsa dan mengadakan pertemuan dengan beberapa orang daripada mereka baru-baru ini di Parlimen.

“Saya amat bersimpati dan juga sentiasa memberi sokongan kepada mereka (waris),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya