‘Mentega Terbang’ sudah tarik keluar 27 Februari lalu - Utusan Malaysia

‘Mentega Terbang’ sudah tarik keluar 27 Februari lalu

Mentega Terbang
AHMAD Fahmi Mohamed Fadzil (tengah) ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pengagihan Peranti Siswa serta merasmikan MyDIGITAL Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di UiTM Shah Alam, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Filem kontroversi yang didakwa mempersenda agama Islam, ‘Mentega Terbang’ sudah pun dikeluarkan daripada aplikasi penstriman dalam talian sejak 27 Februari lalu.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, filem tersebut juga bakal diambil tindakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Finas turut menyiasat aspek lain sekiranya mereka ada buat kesalahan di bawah undang-undang badan ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (Datuk Mohd. Na’im Mokhtar) juga sudah memberi maklum balas mengenainya,” katanya selepas menghadiri Majlis Pengagihan Peranti Siswa serta merasmikan MyDIGITAL Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Beliau menambah, filem tersebut pernah tular dalam media sosial sejak 2021, namun tidak diambil tindakan lebih awal oleh kerajaan sebelum ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan tujuh organisasi bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap penerbitan Mentega Terbang dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.

Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilapor mengesahkan bahawa terdapat pencanggahan akidah dalam jalan cerita filem terbabit

Dalam pada itu, Ahmad Fahmi mendakwa filem tersebut sudah dikongsikan oleh pengguna media sosial sejak tahun 2021, dan bukannya baru-baru ini.

Justeru, beliau mengingatkan kepada semua penerbit dan produksi filem supaya mengikut garis panduan pembuatan filem yang ditetapkan Finas dan Lembaga Penapisan Filem (LPF). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya