Menang jawatan bukan jaminan jadi calon - Utusan Malaysia

Menang jawatan bukan jaminan jadi calon

Jawatan
AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Calon-calon yang bertanding dalam pelbagai peringkat pada Pemilihan UMNO Mac ini supaya tidak menjadikan peluang tersebut sebagai ‘batu loncatan’ untuk mendapat tempat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sebaliknya mereka yang menang diseru menjadikan jawatan sebagai tapak untuk memperkukuh dan memperkasakan parti seperti mana harapannya untuk kembali bangkit menerusi semangat UMNO Bangkit 2.0 pada pasca pemilihannya nanti.

Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, situasi tersebut pernah diingatkan berulang kali apabila calon pilihan raya tidak dipilih berdasarkan jawatan dipegang dalam parti sebaliknya kemampuan untuk membawa kemenangan.

“Calon ditentukan bukan kerana pegang jawatan dalam parti sahaja, tetapi mampu menang dalam sesuatu kawasan. Dalam keadaan sebegitu pun kita boleh tahu (calon yang membawa) kekalahan kepada kita.

“Maka saya harapkan pemilihan parti pada kali ini bukan tapak untuk jadi calon dan peraih rezeki. Namun, paling penting bagi kita harus gariskan tawaran sebagai calon, wajib kita perkukuhkan semula dan memperkasakan UMNO sebagai parti keramat orang Melayu,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pengenalan Calon Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, hari ini.

Beliau menambah, dalam pemilihan kali ini Selangor menawarkan calon paling ramai apabila 79 orang dilapor menawarkan diri bertanding pelbagai jawatan pada peringkat Pergerakan Pemuda, Puteri, Wanita dan MKT.

Selangor antara enam negeri akan menjalani PRN yang dijangka berlangsung pada Julai ini serentak dengan Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengingatkan calon-calon untuk memastikan tidak kehilangan kelayakan bertanding menjelang pemilihan pada 11 Mac bagi peringkat sayap dan 18 Mac (bahagian dan MKT).

“Semakin hampir tarikh 11 dan 18 Mac, pelbagai kaedah lompong dicari walaupun garis panduan diberikan. Jangan sampai hilang kelayakan sebagai calon parti. Jangan sampai dibatalkan jika kemenagnan berada di pihak kita. saya tidak campur perkara ini.

“Siapapun yang akan dipilih nanti, bantu saya, Tok Mat untuk realisasikan hala tuju baharu dengan slogan UMNO Bangkit 2.0 untuk kita bergerak dalam barisan paling hadapan dalam waktu terdekat. Selamat bertanding, berkempen, berjuang, saya mohon yang menang bantu parti yang tewas jangan tinggalkan parti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya