Mekanik maut jengkaut dipandu terbalik - Utusan Malaysia

Mekanik maut jengkaut dipandu terbalik

KEADAAN jengkaut dipandu  Raja Aznanazran Raja Azhar yang terbalik dalam kemalangan di Ladang FGV 1, Setiu, Terengganu, petang tadi. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang mekanik maut setelah jengkaut dipandunya tergelincir dan terbalik dalam kemalangan di Ladang FGV 1 di sini, kira-kira pukul 3 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Husin, insiden itu mengakibatkan Raja Aznanazran Raja Azhar, 19, meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika jengkaut yang baru siap dibaiki itu dipandu uji oleh mangsa di kawasan ladang berkenaan.

“Bagaimanapun jentera berantai tanpa nombor pendaftaran itu tergelincir lalu terbalik dan menyebabkan mangsa maut akibat kecederaan parah.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya