MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya menggondol 25 Anugerah bagi Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) anjuran Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dengan kerjasama Malaysian Green Technology And Climate Change Centre (MGTC).
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, majlis tersebut diadakan pada 20 Februari lalu di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam dan disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,Nik Nazmi Nik Ahmad.
Majlis anugerah tersebut diadakan dengan tujuan mengiktiraf komitmen pihak berkuasa Tempatan (PBT), agensi kerajaan dan organisasi swasta dalam pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) menerusi program (LCC2030C).-utusan