MBPJ pihak berkuasa tempatan terbaik Malaysia

MBPJ pihak berkuasa tempatan terbaik Malaysia

mbpj
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dinobatkan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terbaik Malaysia bagi Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) 2022.

MBPJ mengekalkan penarafan lima bintang tersebut dengan markah tertinggi 98.32 peratus dalam kalangan 155 PBT di Malaysia dan memperolehi penilaian tertinggi bagi 3 kriteria melibatkan perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan penduduk/ pandangan penduduk.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, sempena Majlis Konvensyen Pihak
Berkuasa Tempatan 2023 anjuran KPKT pada 11-12 Mac 2023 bertempat di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak Darul Ridzuan.

Dengan bertemakan Perbandaran Madani, Negara Sejahtera, konvensyen ini dihadiri oleh hampir 2000 peserta yang terdiri daripada Datuk Bandar, Yang Dipertua, Setiausaha, Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia.

Konvensyen ini merupakan platform terbaik bagi memberi peluang kepada semua peserta berkongsi pengalaman dan berbincang untuk mencari pendekatan dan penyelesaian yang inovatif dan kreatif secara holistik dalam menangani isu-isu yang melibatkan pengurusan dan tanggungjawab PBT.

MBPJ juga telah diberi penghormatan menyertai pameran dan membuat pembentangan khas berhubung pelaksanaan Blueprint Petaling Jaya Smart, Sustainable & Resilient (PJSSR) 2030 : A New Paradigm’. Pembentangan telah disampaikan  Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Sharipah Marhaini Syed Ali.

Sambutan peserta terhadap pameran dan pembentangan PJSSR2030 sebagai inovasi baru dalam transformasi institusi dan tadbir urus PBT amat menggalakkan dan MBPJ bersedia berkongsi pengalaman kepada semua PBT di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya