JOHOR BAHRU: Selepas mengambil kira nasib para peniaga yang terjejas, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bersetuju mengurangkan kadar sewa sebanyak 30 peratus bagi meringankan beban 271 peniaga di medan selera Kebayan dan Semai Niaga, di sini. Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman berkata, pihaknya membuat keputusan tersebut setelah mendengar rungutan dalam kalangan peniaga mengenai kenaikan kadar sewa baharu yang dikenakan. Beliau berkata, kadar sewa yang dinaikkan sejak Januari lalu berdasarkan keluasan setiap unit premis dan mengambil kira kos keseluruhan penyelenggaraan. “Sebelum ini tiada formula khusus bagi kadar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya