Masih ada rasa cinta terhadap Nurul Shuhada - Hafidz Roshdi - Utusan Malaysia

Masih ada rasa cinta terhadap Nurul Shuhada – Hafidz Roshdi

HAFIDZ Roshdi (tengah) hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bagi perbicaraan atas tuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. - FOTO/MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: “Saya masih ada rasa cinta terhadap Nurul Shuhada. Saya akan cuba yang terbaik.”

Demikian kenyataan pelakon, Hafidz Roshdi tatkala ditanya adakah dia masih menyimpan perasaan terhadap isterinya, Nurul Shuhada selepas dia didakwa mencederakan wanita tersebut.

Hafidz berkata, dia juga mengharapkan ruang berdamai dengan isterinya itu masih terbuka malah dalam pada masa yang sama meluahkan rasa rindu terhadap kedua anaknya, Humairah dan Umar.

“Ruang untuk berdamai dengan Shuhada sentiasa terbuka, insyaaAllah. Tidak pernah terlintas di lubuk fikiran saya bahawa pada hari ini saya berada di mahkamah kerana dituduh mencederakan orang yang saya sayangi.

“Kepada kedua-dua anak saya, Humairah dan Umar. Abah rindu dan sayang kalian berdua, dan tidak pernah sesaat pun abah lupakan kalian,” katanya.

Hafidz ditemui selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas tuduhan mencederakan isterinya pada pukul 3.30 pagi, 2 Mac lalu berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya dekat sini.

Dia didakwa telah menumbuk pipi kiri Nurul Shuhada sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak di wajah isterinya.

Dalam pada itu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak bagi penilaian psikiatri.

Mahkamah mengarahkan agar Hafidz mula menjalani rawatan dan pemeriksaan bermula 28 Mac ini.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Jun hadapan sebagai sebutan semula kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya