'Masalah kesihatan tiada kaitan masalah politik'

‘Masalah kesihatan tiada kaitan masalah politik’

AHMAD Maslan ketika ditemui pemberita selepas perasmian e-kaunter LPPSA di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyangkal tanggapan sesetengah pihak kononnya isu politik di Melaka boleh menjejaskan imej parti itu.

Malahan, Ahli Parlimen Pontian itu menegaskan, peralihan kepimpinan kerajaan negeri tersebut hanya disebabkan isu kesihatan Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

“Beliau ada masalah kesihatan dan saya kira ia tidak jejas (UMNO). Masalah kesihatan bukan masalah politik, ia sesuatu yang berlaku luar jangka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan e-Kaunter dan Piagam Pelanggan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang baharu, di sini hari ini.

Sulaiman meletakkan jawatan dan tempatnya bakal diambil alih Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof, hari ini.

Namun, proses peralihan diragui segelintir pihak kononnya ada desakan dari luar setelah Sulaiman tidak lagi memegang kepimpinan UMNO serta Barisan Nasional (BN) Melaka.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata, tiada tekanan timbul malah berdasarkan laporan media, ia lebih isu kesihatan sekali gus tidak memberi kesan besar kepada politik semasa tanah air menjelang pilihan raya negeri (PRN).

“Apabila berlaku letak jawatan, tempat perlu diganti oleh Exco Melaka yang paling kanan dan tentulah Ab. Rauf wajar ambil alih bagi diteruskan agenda kerajaan negeri,” jelasnya.

Justeru ujarnya, corak perubahan kepimpinan sedemikian bukan perkara aneh selain menjadi amalan kelaziman di mana-mana apabila pemimpin mengalami masalah tertentu.

Sehubungan itu, Ahmad berterima kasih kepada Sulaiman atas bakti menerajui Melaka sejak 2020 dan menaruh optimis tinggi ke atas Ab. Rauf untuk menjalankan tugas lebih baik menjayakan misi Malaysia Madani dan Kerajaan Perpaduan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya