Maqis rampas 50 kg mangga di KLIA2

Maqis rampas 50 kg mangga di KLIA2

MAQIS menggagalkan cubaan membawa masuk 50 kg mangga di pintu masuk KLIA Terminal 2, Sepang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan membawa masuk 50 kilogram (kg) mangga oleh sekumpulan rakyat tempatan dari Kemboja di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Khamis lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, rampasan itu dilakukan hasil kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Ia berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas JKDM. Siasatan mendapati, mangga tersebut ditahan kerana tidak mempunyai permit import serta sijil fitosinasi yang sah.

“Perbuatan mengimport produk pertanian tanpa permit yang sah dari Maqis adalah menjadi suatu kesalahan dibawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3), akta yang sama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya.

Mohd Sobri berkata, Maqis sentiasa memastikan tumbuhan binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma yang dibawa masuk ke dalam Malaysia adalah bebas dari ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta tidak akan menjejaskan sektor pertanian negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya