Mangsa banjir perlu waspada kencing tikus, keracunan makanan

Mangsa banjir perlu waspada kencing tikus, keracunan makanan

DUA penyakit bawaan air terutama kencing tikus (leptospirosis) dan keracunan makanan perlu diberi perhatian kerana sering berlaku terutama selepas banjir. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kementerian Kesihatan memantau mangsa banjir di semua pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memastikan mereka tidak dijangkiti penyakit berjangkit yang sering berlaku, setiap kali bah melanda.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, dua penyakit bawaan air terutama kencing tikus (leptospirosis) dan keracunan makanan perlu diberi perhatian kerana sering berlaku terutama selepas banjir.

Menurutnya, selain menempatkan pasukan perubatan di setiap PPS, kementerian turut menyediakan klinik bergerak bagi memudahkan mangsa mendapat rawatan awal sebelum dibawa ke hospital.

“Kementerian mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) apabila berdepan dengan bencana banjir, khususnya yang kini melanda Johor.

“Kita akan menjalankan tugas memantau semua mangsa banjir termasuk membuat semburan di setiap PPS bagi mengelak daripada berlaku penyakit berjangkit.

“Kementerian juga adakan klinik bergerak bagi memudahkan memantau penghuni PPS kalau ada di antara mereka dijangkiti penyakit yang serius,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Nursing Professional Group (NPG) International Nursing Conference 2023 di sebuah hotel di sini, hari ini.

ZALIHA Mustafa (lima dari kanan) bersama peserta NPG International Nursing Conference 2023 di Banda Hilir, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP

Tambah Zaliha, pihaknya turut menggerakkan pasukan untuk aktiviti pembersihan terutama di fasiliti-fasiliti kesihatan terjejas terutama di Chaah, Segamat, Johor.

Menurutnya, peralatan di Klinik Kesihatan Chaah rosak teruk hingga memerlukan satu pasukan lain digerakkan ke kawasan terbabit.

“Kita juga masih melaksanakan saringan Covid-19 di setiap PPS yang dibuka kerana itu adalah SOP yang ditetapkan pada setiap pasca banjir,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya