Makanan rosak, peniaga kembalikan wang - Utusan Malaysia

Makanan rosak, peniaga kembalikan wang

TANGKAP layar makluman mengenai kesediaan seorang peniaga nasi ayam kukus bazar Ramadan di Bagan Serai untuk memulangan wang pelanggan yang membeli makanan daripadanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seorang peniaga nasi ayam kukus di bazar Ramadan di sini menawarkan pulangan wang kepada pelanggan yang membeli jualannya kelmarin setelah menyedari ayam dijualnya sudah berbau busuk.

Peniaga itu, Norehan Mohamad, 34, berkata, sebaik sahaja menyedari perkara itu, dia segera menghentikan jualan kerana bimbang ada pelanggan yang membeli ayam yang sudah rosak.

Katanya, dia mahu memulangkan semula wang kepada pelanggan yang membeli jualannya kelmarin.

“Semasa berniaga, saya menyedari ada beberapa ketul ayam yang sedang saya goreng sudah berbau masam, lalu saya segera menghentikan penjualan kerana saya tidak mahu ada pelanggan yang terbeli makanan yang sudah rosak.

“Kepada pelanggan yang membeli jualan kami pada Isnin lalu, mereka boleh datang ke gerai kami untuk kami mengembalikan wang mereka.

“Selain itu kami juga akan memberikan nasi ayam kukus secara percuma kepada pelanggan yang membeli jualan sebagai ganti makanan yang rosak,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Norehan, dia membuat tawaran memulangkan semula wang pelanggan dengan cara membuat hebahan me­ngenainya menerusi media sosial.

Katanya, ini pertama kali kejadian seperti itu berlaku sejak dia berniaga enam tahun lalu dan dia berbuat demikian kerana tidak mahu menganiaya pelanggan.

“Saya sedia menanggung kerugian asalkan tidak menganiayai pelanggan. Saya tidak mahu mencari rezeki dengan cara yang salah, namun saya akui ia berlaku kerana kecuaian dan kami sedia bertanggungjawab,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya