Majikan berhentikan pekerja tempatan, ganti pekerja asing berdepan tindakan

Majikan berhentikan pekerja tempatan, ganti pekerja asing berdepan tindakan

KDN mengekalkan keputusan tarikh akhir pengambilan pekerja asing sektor formal menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 adalah pada 31 Mei ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mana-mana majikan yang didapati memberhentikan pekerja tempatan semata-mata mahu memberi laluan kepada pekerja asing boleh didenda sehingga RM50,000 kerana bertentangan Seksyen 60M Akta Kerja 1955.

Itu antara tindakan yang boleh dikenakan terhadap majikan yang berbuat demikian, malah kelulusan kuota pekerja asing mereka juga boleh dibatalkan.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, beliau menerima aduan terbaharu melibatkan pemberhentian 102 orang pekerja tempatan di Pulau Pinang.

Justeru, beliau memberi peringatan tegas kepada majikan tempatan bahawa kelulusan kuota dan kebenaran penggajian pekerja asing kepada mereka adalah bagi menampung kekurangan guna tenaga.

“Malah, jangan sekali-kali dijadikan alasan untuk mengantikan pekerja tempatan sedia ada,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, beliau juga ingin menasihatkan majikan bahawa setiap kekosongan pekerjaan yang ada di dalam negara ini perlu diberi keutamaan kepada rakyat dan pekerja tempatan.

Menurut beliau, Kerajaan Perpaduan amat prihatin dengan keperluan mendesak berkaitan kekurangan guna tenaga khususnya guna tenaga asing di sektor-sektor industri yang kritikal.

“Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan Pelan Kelonggaran Pengajian Pekerja Asing (PKPPA) bermula 17 Januari sehingga 31 Mac ini.

“PKPA diperkenalkan untuk menyegerakan kelulusan permohonan kuota pekerja asing di lima sektor kritikal iaitu perladangan, perkilangan, pembinaan, pertanian dan perkhidmatan (restoran).

“Namun begitu, sejak kebelakangan ini KSM menerima banyak aduan mengenai syarikat-syarikat tempatan yang mendapat kelulusan kuota pekerja asing dan kemudiannya mengambil tindakan pemberhentian terhadap pekerja tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya