Mainkan isu perkauman modal ahli politik

Rakyat perlu bijak nilai antara fakta dan propaganda  disebarkan pemimpin

AARON AGO DAGANG 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu bijak menilai antara fakta dan propaganda  disebarkan mana-mana pemimpin yang menggunakan isu perkauman sebagai alat politik. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Malaysia adalah negara yang harmoni dan kebanyakan rakyatnya sering bertoleransi dengan satu sama lain. 

“Saya tidak nampak isu perkauman sebagai satu isu kepada negara ini kerana kita sering saksikan, rakyat kita suka membantu satu sama lain tanpa mengira perbezaan kita. 

“Saya nasihatkan supaya rakyat lebih peka. Saya yakin rakyat sudah bijak  menilai perkara yang baik untuk kesejahteraan hidup. 

“Berhubung pemimpin yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, kita perlu tahu itu ada dalam kalangan mereka yang menggunakan isu perkauman ini untuk kegunaan politik,” katanya ketika ditemui di Muzium Negara. 

Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan program Kembara Perpaduan Malaysia MADANI di Dataran Muzium Negara. 

Yang hadir sama Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Noridah Abdul Halim. 

Menurut Aaron, kementerian itu  memantau isu-isu yang boleh menggugat perpaduan negara menerusi beberapa inisiatif. 

“Kita tidak membiarkan sahaja apa-apa isu berlanjutan. Kita memantau perkara yang mengganggu keharmonian masyarakat melalui sistem e-SEPAKAT yang dibangunkan sejak tahun 2010.

“Hasil laporan daripada sistem e-SEPAKAT, kerajaan mengambil langkah-langkah intervensi sosial berdasarkan isu atau insiden seperti melaksanakan program-program dialog, perbincangan kefahaman antara agama dan sebagainya,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya