Mahdzir gesa calon setia kepada UMNO walau apa pun keputusan

Mahdzir gesa calon setia kepada UMNO walau apa pun keputusan

MAHDZIR Khalid memasukkan kertas undi Pemilihan UMNO pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak di Kuala Nerang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Walau apa jua keputusan dalam pemilihan UMNO hari ini, semua pihak terutama calon-calon bertanding perlu terus setia dan berkhidmat buat parti bagi memastikan UMNO dapat kembali utuh memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setiap calon serta penyokong masing-masing harus setia dengan perjuangan tanpa perlu merajuk atau meninggalkan parti selepas tidak terpilih.

Katanya, pilihan lebih kira-kira 190,000 perwakilan yang mengundi hari ini perlu dihormati ketika masing-masing dilihat sentiasa berusaha untuk memperkukuh UMNO terutamanya bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Dalam dunia demokrasi ini ada yang kalah dan menang. Yang menang bukan menang semua manakala yang kalah pula, tidaklah kalah semua. Selepas pemilihan ini, elok kita tengok kembali bahagian masing-masing dan kumpulkan semula kekuatan bagi menghadapi PRN tidak lama lagi khususnya di Kedah.

“Mereka yang dipilih perwakilan untuk memimpin, kita ucapkan tahniah manakala kepada yang tewas, teruslah berjuang bersama parti. Kita bersatu kembali untuk bina parti dan insya-Allah, kita dapat melihat masa depan UMNO menjadi lebih cerah,” katanya.

Beliau yang sah mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Padang Terap di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mahdzir berkata, pemilihan UMNO kali ini boleh dianggap sebagai ‘recharge’ buat parti setelah kali terakhir ia diadakan pada 2018.

“Kita sudah lama tak buat pemilihan dan apabila diadakan kali ini, kita lihat ini merupakan satu bentuk ‘recharge’ untuk kembali memperkukuhkan UMNO.

“Pastinya akan wujud kombinasi antara kepimpinan lama dan muka-muka baharu. Jadi, menarik untuk kita saksikan satu pasukan yang positif serta dinamik bakal dibentuk,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya