Pengarah Mentega Terbang diancam bunuh

Lu dengan family mesti mati – pengarah Mentega Terbang diancam bunuh

mentega terbang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Mentega Terbang, Khairi Anwar semalam mendedahkan telah menerima ancaman bunuh daripada individu tidak dikenali.

Bercakap kepada agensi berita This Week in Asia ancaman tersebut disertakan dengan simbahan cat merah pada kereta miliknya yang didalangi individu sama.

“Keadaan saya okey, tetapi isteri saya ketakutan,” katanya.

Khairi menerusi media sosial turut memuat naik gambar lima keping kerta berais A4 tertulis ugutan dan ancaman yang ditujukan kepadanya.

“Lu dengan family mesti mati. Islam pasti bangkit, mentega Terbang jangan cabar agama,” tulis pelaku.

Khairi turut mendedahakn ugutan lain yang dihantar menerusi pesanan ringkas telefon bimbit yang antara lain memberi amaran akan mencederakannya sekiranya terus mencabar agama.

Filem berkenaan mencetuskan kontroversi kerana terdapat beberapa babak di dalamnya yang menyentuh sensitiviti masyarakat bergama Islam di negara ini.

Ancaman diterima Khairi turut menerima respons Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

“Rakyat Malaysia perlu patuh undang-undang, jangan ambil tindakan yang merosakkan harta benda dan mengancam nyawa.

“Patuhi undang-undang, jangan ambil tindakan sendiri,” tulisnya di Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya