Lebih 8,000 anak muda hadir Temu Anwar

Lebih 8,000 anak muda hadir temu Anwar

ANWAR Ibrahim bercakap pada Dialog Anak Muda Temu Anwar, di Pusat Konvensyen Kuala lumpur, hari ini. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 8,000 anak muda menghadiri sesi dialog temu Anwar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur Convention Centre hari ini.

Ketika program itu, Anwar menerima hampir 100 soalan berhubung pelbagai perkara termasuk pengangkutan awam, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan peluang pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk anak muda.

Menjawab salah satu soalan berhubung AUKU, Anwar berkata walaupun baru-baru ini diumumkan bahawa akta itu tidak akan dimansuhkan tetapi beliau akan membincangkan untuk menggugurkan sebarang peruntukan yang menyusahkan pelajar dan tenaga pengajar.

“Kamu tahu asal usul AUKU? AUKU itu dilaksana oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menghalang Anwar masuk universiti.

“Saya sudah bincang dengan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Khaled Nordin untuk pinda peruntukan yang menyekat kebebasan pelajar malah pensyarah-pensyarah juga,” katanya.

Program dialog tersebut merupakan yang terbesar pernah diadakan oleh Kelab Anwar Ibrahim (AIC) dan yang pertama kali sejak beliau diangkat menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, beliau juga mengulas mengenai isu yang dibangkitkan mengenai lambakan permohonan SPA, Anwar berkata pelantikan menerusi badan itu adalah terhad dan TVET merupakan antara jalan penyelesaian yang digalakkan oleh kerajaan.

“SPA ini prosesnya adalah berdasarkan kekosongan bagi kementerian-kementerian itu. Itu adalah yang paling utama kita perlu faham.

“Sekiranya pelantikan itu dibuat untuk menerima masuk semua permohonan anak muda, maka sistem itu akan membengkak. Ini sebabnya kita menggalakkan TVET untuk mencipta peluang pekerjaan untuk anak muda,” jelasnya. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya