Lebih 70 peratus aset 1MDB sudah dikembalikan - SPRM

Lebih 70 peratus aset 1MDB sudah dikembalikan – SPRM

AZAM Baki (depan tengah) bergambar selepas menandatangani memorandum antara SPRM, UiTM dan MIA di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan sudah berjaya mendapatkan kembali lebih 70 peratus aset 1MDB membabitkan jumlah kira-kira RM28.3 bilion setakat ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ia adalah satu kejayaan buat negara hasil kerja keras SPRM, Kementerian Kewangan (MOF) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

Beliau berkata, pengesanan baki aset 1MDB masih lagi diteruskan dan ia tidak akan dihentikan.

“Kita akan usahakan sebaik mungkin untuk kembalikan wang yang dicuri ini kepada negara.

“Duit yang hilang sebenarnya RM42 bilion, jadi kalau kita tengok dapat pemulangan dalam RM28.3 bilion. Baki 30 peratus kita cuba dapatkan balik secepat mungkin,” katanya ketika ditemui pada satu program di sini hari ini.

Katanya, bagi mendapatkan baki aset ini, pihaknya akan mendapatkan kerjasama dan kepakaran pelbagai agansi lain.

Azam berkata, SPRM adalah agensi utama dalam penyiasatan kes 1MDB iaitu berperanan membekal fakta, mengeluarkan waran tangkap dan menuduh mana-mana pihak yang terbabit dalam kes ini.

Dalam perkembangan sama, Azam berkata, kejayaan memperoleh sejumlah AS$1.8 bilion dari dua firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) baru-baru ini juga satu kejayaan besar.

Sebelum ini, MOF memaklumkan IPIC dab Aabar PJS bersetuju membayar AS$1.8 bilion kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan 1MDB yang dicapai dalam prosiding undang-undang yang berlangsung di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.

Pada 27 November 2019, Jabatan Peguam Negara dalam kenyataannya, memaklumkan 1MDB dan MKD berjaya dalam rayuannya mengetepikan Award Persetujuan terhadap IPIC dan Aabar PJS di Mahkamah Rayuan London.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya