Lebih 25 rumah rosak akibat ribut di Yan dan Pokok Sena

Lebih 25 rumah rosak akibat ribut di Yan dan Pokok Sena

ANGGOTA APM Daerah Yan memantau rumah penduduk yang rosak diterbangkan angin kencang di Kampung Tualang, Bukit Besar di Yan. -IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Sekurang-kurangnya 25 buah rumah di Kampung Tualang, Bukit Besar, di sini, terjejas dalam kejadian ribut pada 5.30 petang semalam mengakibatkan hampir seluruh bumbung rumah diterbangkan angin kencang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Muhammad Zul Izzi Zulkifli berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian hujan lebat beserta angin kencang selama hampir 20 minit itu.

“Kita telah menggerakkan anggota untuk membuat pemantauan di kawasan terjejas serta merekodkan keseluruhan rumah terlibat dalam kejadian itu.

“Sehingga kini tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan mereka menumpang di rumah saudara mara serta jiran terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad Zul Izzi berkata, paras air beberapa anak sungai di daerah ini juga kembali surut dan tidak lagi berada pada paras bahaya.

Sementara itu di Pokok Sena, beberapa rumah di Kampung Nawa dan Kampung Kuan Buang dalam Mukim Tualang terjejas akibat ribut yang melanda pada pukul 4.50 petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar/Pokok Sena, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, anggota masih membuat pemantauan di lokasi dan sedang mengumpul jumlah rumah yang terjejas setakat malam tadi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya