Latihan sudah bermula, tiba-tiba tidak diperlukan - Aaron Aziz digugurkan berlakon filem Original Gangster - Utusan Malaysia

Latihan sudah bermula, tiba-tiba tidak diperlukan – Aaron Aziz digugurkan berlakon filem Original Gangster

PUTRAJAYA 12 MAC 2023 - Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik, Datuk Aaron Aziz menunjukkan trofi pada Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: ALIFF UTUSAN / EMIRA & SYARFA KOSMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datuk Aaron Aziz tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan berbalas kenyataan selepas digugurkan daripada filem Original Gangster arahan Syamsul Yusof.

Jelasnya, dia akan kekal bersikap profesional dan tidak mahu bercakap lebih lanjut berhubung keputusan Syamsul menggugurkannya daripada barisan pelakon filem itu.

“Saya cuma boleh katakan tak terlibat. Bukan tarik diri tetapi digugurkan. Saya bersikap profesional. Tak nak buka aib sesiapa.

“Saya bagi muka kepada Datuk Yusof Haslam, dia seperti bapa sendiri. Siapa yang tahu, tahulah,” katanya.

Dalam pada itu, Aaron juga enggan mengulas berhubung dakwaan perselisihan faham berlaku di antara dua figura itu.

“Selisih faham? Yang faham, faham jelah. Yang tidak faham, tak perlu faham. Saya tak mahu buka cerita, dia pun sedang berdepan pelbagai masalah.

“Saya belum mula penggambaran pun tetapi skrip sudah diterima. Dia ada datang tiga kali ke rumah untuk perbincangan. Sudah pergi latihan, tiba-tiba saya tidak diperlukan.

“Tetapi saya percaya kepada qada dan qadar. Tuhan sudah rancang semuanya dengan baik. Bukan rezeki saya,” ujarnya.

Tambah Aaron, ketika ini dia sedang sibuk di set penggambaran filem Sheriff yang menggandingkannya dengan pelakon Zul Ariffin dan Syafiq Kyle.

“Dalam filem Sheriff, jadi membawakan watak jahat. Memang gila tetapi tengok sendiri macam mana.

“Jika sebelum ini ramai yang meminta babak aksi saya dan Zul, dalam filem ini, anda boleh saksikannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN