PETALING JAYA: Kira-kira 100 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membina perkampungan haram di atas tanah rizab kerajaan serta di bawah pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pulau Meranti, Puchong disyaki sudah mengatur beberapa strategi bagi mengelak dicekup pihak berkuasa dalam operasi serbuan ke atas perkampungan tersebut. Difahamkan, mereka tidak lagi tidur di rumah setinggan masing-masing pada waktu malam kerana bimbang tidak sempat melarikan diri jika serbuan dibuat sebaliknya bermula pukul 6 petang, semua PATI di kawasan perkampungan haram itu akan melarikan diri masuk ke kawasan hutan di sekitarnya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya