Lapan premis jual makanan kepada individu tidak berpuasa diserbu

Lapan premis jual makanan kepada individu tidak berpuasa diserbu

PENGUATKUASA mengambil keterangan peniaga yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Enakmen Jenayah Syariah 2014 di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Sebanyak lapan premis yang dilaporkan menyediakan makanan dan minuman pada bulan Ramadan diserbu dalam Operasi Khas Ramadan Bersepadu 2023 oleh Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, di sini hari ini.

Operasi bermula pukul 10.30 pagi hingga 2 petang itu dilakukan oleh kakitangan pejabat agama daerah itu yang dibantu pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK).

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail berkata, peniaga yang menjual makanan di waktu siang hari dalam bulan Ramadan sanggup memberi pelbagai alasan semasa operasi itu dilakukan.

“Premis menjual makanan tersebut diperiksa hasil maklumat orang ramai kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Enakmen Jenayah Syariah 2014 iaitu tidak menghormati bulan puasa,” katanya selepas operasi tersebut.

Dalam operasi itu juga, MPSPK mengeluarkan lima notis saman terhadap pemilik premis mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) kerana gagal mematuhi arahan kebenaran berniaga di bulan Ramadan selepas pukul 3 petang. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya