PETALING JAYA: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) ke Pantai Timur menjelang sambutan perayaan itu April ini.
Menurut hantaran di Facebook, KTMB memaklumkan, jualan tiket perkhidmatan ELA itu dibuka bermula pukul 10 pagi esok.
“Perjalanan balik kampung ke Pantai Timur lebih meriah tahun ini dengan perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri perjalanan terus dari Kuala Lumpur ke Kelantan!.
“Jualan tiket akan dibuka pada 1 April 2023 bermula pukul 10.00 pagi. Dapatkan tiket anda di https://bit.ly/3kWOQv5 atau melalui aplikasi KTMB Mobile,” kongsi hantaran itu. – UTUSAN