KRP dibatalkan, PJS lulus pendaftaran persatuan baharu ragbi Perak - Utusan Malaysia

KRP dibatalkan, PJS lulus pendaftaran persatuan baharu ragbi Perak

LOGO persatuan baharu ragbi Perak, Persatuan Ragbi Negeri Perak (PRNP) yang dilulus pendaftarannya oleh PJS pada 10 Mac lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kesatuan Ragbi Perak (KRP) telah dibatalkan pendaftaran oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Sehubungan itu, satu persatuan baharu iaitu Persatuan Ragbi Negeri Perak (PRNP) telah dilulus pendaftarannya pada 10 Mac lalu.

Setiausaha Jawatankuasa Penaja PRNP, Hafiz Zulkifli memberitahu, pihak KRP telah dimaklumkan perkara itu oleh Jabatan Belia Sukan (JBS) Perak pada 10 Mei 2022 melalui surat Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) bertarikh 25 April 2022.

Katanya, KRP telah menghubungi pihak PJS untuk pengesahan berkaitan pembatalan ini.

“PJS memaklumkan bahawa KRP tidak pernah menghantar laporan AGM (mesyuarat agung tahunan) sejak dari 2014.

“PJS juga memaklumkan bahawa mereka telah menghantar notis sejak Oktober 2021 namun pengurusan terdahulu tidak memberi sebarang respon.

“Atas saranan pihak PJS, KRP telah menghantar Surat Rayuan kepada Pejabat Menteri Sukan pada hari yang sama menerima berita tersebut iaitu 10 Mei 2022,” katanya.

Menurutnya, setelah beberapa bulan, pihak Pejabat Menteri Belia dan Sukan tidak memberi sebarang respon terhadap permohonan ini menyebabkan tindakan pembatalan diteruskan.

Menurut Hafiz, KRP telah dinasihati oleh PJS untuk menerima keputusan itu dan meneruskan dengan penubuhan persatuan ragbi negeri Perak yang baharu demi kelangsungan agenda pembangunan ragbi di negeri Perak.

“Justeru itu, satu mesyuarat Penaja akan dilakukan segera mungkin untuk menubuhkan persatuan baharu iaitu Persatuan Ragbi Negeri Perak (PRNP) yang telah dilulus pendaftarannya 10 Mac lalu.

“Semoga ia menjadi titik tolak kepada kebangkitan sukan ragbi di negeri Perak,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya